Jumaat, 22 Mei 2009

BETAPA SAYANGNYA ALLAH SWT KEPADA hamba - NYA.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan.

Malaikat di sebelah kiri: “Apakah yang harus aku catit?”

Malaikat di sebelah kanan: “Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.”

Malaikat di sebelah kiri: “Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?”

Malaikat di sebelah kanan: “Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi.”

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, “Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.”

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayang-Nya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Khamis, 14 Mei 2009

OH MUSLIM, BAHAGIAKANLAH IBUMU...


Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti lahir melalui ibunya. Ibunyalah yang mengandungkannya. Dengan penuh susah payah kandungan itu dibawa pada setiap masa ke setiap tempat. Selama lebih kurang 9 bulan lamanya. Selepas itu terpaksa pula bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat melahirkannya. Ibu sanggup menaruh nyawa untuk kelangsungan hidup anak yang bakal dilahirkan.

Selepas itu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkannya, mendodoikan tidurnya, menyikatkan rambutnya, memandikannya, memakaikannya dengan pakaian, mendidiknya, memujuknya, bermain dengannya, menyapu air matanya, mendukungnya ke mana sahaja tempat dituju dan sebagainya. Pendek kata, keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya. Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.
(selingan)
Lagu yang menyentuh hati, "Ya Ummi" nyanyian Ahmed Bukhatir:
http://muzir.wordpress.com/2009/05/13/oh-muslim-bahagiakanlah-ibumu/

Darjat ibu sangat tinggi. ALLAH subhanahu wata’ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya:


وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
“Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu.” - Surah an-Nisa: 36.

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa.” - Surah an-An’am: 151.


Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN. Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH.

Kita dilarang menderhakai ibubapa. Penderhakaan kepada ibubapa akan mengundang kemurkaan ALLAH subhanahu wata’ala. Malah menderhakai ibubapa merupakan dosa besar yang memerlukan kita untuk bertaubat nasuha. Justeru, kita wajib patuh kepada mereka walaupun jika mereka bukan beragama ISLAM. Walaupun begitu, kita dilarang untuk mengikuti telunjuk ibu dan bapa kita sekiranya apa yang disuruh oleh ibubapa bercanggah dengan hukum syara’. Hal ini ada diriwayatkan dari hadith Nabi sallALLAHu ‘alaihi wasallam oleh Imam Ahmad yang maksudnya:

“Tidak ada ketaatan kepada makhluq dalam perkara maksiat kepada ALLAH AZZA wa JALLA”.


Mari kita merujuk kepada beberapa pesan Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa supaya dapat kita menginsafi diri dan seterusnya berazam untuk menjadikan diri kita seorang hamba ALLAH yang bertaqwa dan anak yang soleh.
Abu Hurairah r.a berkata:
“Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Kemudian siapa pula? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa pula? Nabi menjawab: Ibumu. Bertanya lagi beliau: Kemudian siapa? Nabi s.a.w berkata: Bapamu.” - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Abdullah bin Amr bin al-’As r.a berkata yang maksudnya:
“Seorang pemuda berjumpa Rasulullah s.a.w dan meminta kebenaran baginda untuk menyertai jihad. Rasulullah s.a.w berkata: Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup? Dia menjawab: Ya. Baginda berkata: Jadi jihad kamu adalah bersama mereka.” - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Ibnu Mas’ud r.a berkata yang maksudnya:
“Aku bertanya kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam, apakah amalan yang paling disukai ALLAH? Baginda s.a.w menjawab: Solat pada waktunya. Dan berkata aku: Selepas itu? Baginda menjawab: Kemudian memuliakan ibubapa. Dan aku berkata: Selepas itu? Baginda berkata lagi: Jihad di jalan ALLAH.” - Hadith riwayat al-Bukhari.


Daripada nas di atas, jelas bahawa menghormati ibu dan bapa sangat penting. Bahkan menjaga kedua ibu bapa adalah lebih diutamakan dari keluar menyertai jihad. Dalam sejarah Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam, pernah Baginda s.a.w mengiktiraf seorang pemuda sebagai ‘penduduk langit’ hanya disebabkan oleh ketekunan pemuda tersebut menjaga ibunya yang sedang uzur. Walhal pemuda tersebut sangat ingin bertemu Nabi s.a.w. Pemuda tersebut memeluk ISLAM hanya melalui penduduk Yaman yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w. Beliau tidak pernah berjumpa Nabi s.a.w. Tapi hasrat beliau tersebut terpaksa diketepikan lantaran menjaga ibunya. Hatta, Nabi s.a.w pernah menyarankan para sahabat Baginda s.a.w mendoakan mereka dan memohon keampunan untuk mereka sekiranya dapat berjumpa dengan pemuda tersebut. Pemuda tersebut adalah Uwais al-Qarni.

Di dalam hadith atas juga dapat kita simpulkan bahawa keutamaan ibu lebih tinggi berbanding bapa untuk kita berikan perhatian. Ini kerana pengorbanan ibu dan bapa sama-sama besar, tetapi ibu lebih besar dari segi pengorbanannya keran ibulah yang mengandung dan menyusukan kita dalam tempoh yang panjang.

Mudah-mudahan tulisan ringkas ini dapat mengembalikan kita kepada landasan ajaran ISLAM dari segi menghormati ibu dan bapa. Setiap kita biasa melakukan kesilapan. Mudah-mudahan kesilapan kita diampuni ALLAH. Mohonlah keampunan ibu dan bapa kita selagi kesempatan masih ada.
Jagalah adab dan perlakuan kita, jangan sampai menginggung hati mereka. Sayangilah mereka, dan kalau boleh buatlah mereka sentiasa tertawa.

wAllahu ta’ala a’lam.

DIPANDANG REMEH...

Sekarang ramai yg mengantung patung-patung haiwan atau sebagainya di kenderaan maka jawabnya
Haram mengantung patung di kenderaan melainkan permainan kanak2 maka setuju ulama’ - ulama' diharuskan bagi mainan kanak yang belum baligh.

Walahu’alam..

WAHAI WANITA, JANGANLAH KAU PAPARKAN WAJAHMU !

“ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”

Yang dimaksudkan oleh hadits tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik didalam internet samada dalam frienster atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.

Menyertai frienster atau mana2 laman web tidak semestinya perlu menonjokan kecantikan wajah atau tubuh badan.
Menulis dengan tulisan2 yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia.

wallahua'lam

Jumaat, 10 April 2009

10 LALUAN YANG BAKAL DILALUI OLEH MANUSIA DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT.

BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA??

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kodho' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala


LALUAN UNTUK BERTEMU MUNKAR NAKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadah
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sadaqah dan khairaat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Rabu, 8 April 2009

10 PERINGATAN DARI BUMI

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.
Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas Bin Malik r. a;
"Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku."

ILMU UNTUK DIKONGSI

MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB BIN HASYIM BIN ABDUL MANAF.

ini adalah nama nabi kita..
setiap yg percaya dan yakin
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PERSURUH ALLAH
, FARDU 'AIN ke atasnya untuk Ingat dan hafal nama nabi kita...
harap sangat-sangat disebar-sebarkan..

mungkin ada yg tahu,ada yg tahu..tapi ini hukumnya fardu 'ain..
jika hukum fardu 'ain,maka wajib ke atasnya untuk laksanakan mahu atau tidak, jika tidak dilaksanakan maka berdosa.. dosa memang terlalu mudah untuk disebut dengan lidah tapi percayalah.. terlalu menyeksakan untuk ditanggung walaupun 1 dosa...
wallahu'alam

Sabtu, 28 Mac 2009

8 Pengertian Cinta Menurut Al-Qur’an


Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya

من احب شئ كثيرا ذكره

(man ahabba syai’an katsira dzikruhu).

Kata Nabi, orang juga bisa diperhamba oleh cintanya

من احب شئ فهو عبده

(man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).

Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :

(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,

(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan

(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Alloh SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Alloh SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Alloh SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Alloh SWT daripada perintah yang lain. Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra’fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad;

واسئلك لذت ان نذاري الى وجهك والشوق الى لقائك

(wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika)

aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi.

8. Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Jumaat, 27 Mac 2009

وانيتا دان حايد

Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah seorang wanita yang didatangi haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya, dia membaca ‘

الحمد لله على كل هال واستغفر الله من كل ذنب

Alhamdulillahi ‘alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin’,

maka Allah s.w.t menetapkan baginya bebas daripada neraka, dengan mudah melalui sirat, aman daripada seksa, bahkan Allah s.w.t mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah s.w.t selama haidnya.”

الحديث هذا اليوم

“Tidaklah aku meninggal kan fitnah, setelah aku (wafat) yang lebih berbahaya atas lelaki daripada wanita” (HR Bukhari: 5096)

الحديث هذا اليوم

“Jangan lah seorang laki-laki berkhalwat (berdua-duaan) dengan seorang wanita, kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan”

(HR Tirmidzi:2165, Lihat as-Sahihah: 1/792 no 430)