Rabu, 30 September 2009

~ KECINTAAN MELALUI ZUHUD ~

Daripada Abu Abbas r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w.
lalu berkata: "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku sesuatu amalan yang apabila amalan itu saya lakukan, maka saya akan dicintai oleh Allah dan juga dicintai oleh seluruh manusia."

Beliau s.a.w. bersabda: "Berzuhudlah di dunia, tentu engkau dicintai oleh Allah dan berzuhudlah dari apa yang dimiliki oleh para manusia, tentu engkau akan dicintai oleh para manusia."

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lainnya dengan isnad-isnad yang baik.

HADITH - HADITH TENTANG MASJID.

Abu Dzar r.a katanya :
Aku bertanya : Wahai Rasulullah !

Masjid
manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini?
Rasulullah menjawab : Masjidilharam.
Aku bertanya lagi: Setelah itu
masjid mana pula?
Baginda menjawab : Empat puluh tahun.
Walau pun begitu dimana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang dirikanlah sembahyang kerana disitu juga merupakan
masjid.

Jabir bin Abdullah Al- Ansariy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda :
aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku.
Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja sedangkan aku diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh manusia.
Dihalalkan untukku harta rampasan perang sedangkan ianya tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku. disediakan untukku bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu solat.
Maka sesiapa pun apabila tiba waktu solat walau di mana saja dia berada hendaklah dia mendirikan solat .
Aku juga diberkan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama satu bulan.
Aku juga diberikan hak untuk memberi syafaat.


BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Ertinya:
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".


Keterangan

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.~

~H.R Abu Daud

Isnin, 28 September 2009

~ BERSYUKUR DENGAN BERTAHAJUD ~


Daripada Aisyah r.a., katanya,

"Nabi s.a.w. itu berdiri untuk bersembahyang malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya:
"Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah
diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" beliau s.a.w. lalu bersabda:

"Tidakkah saya ini seorang hamba yang banyak bersyukur."


(Muttafaq 'alaih)

.: PINTU KHAS UNTUK ORANG YANG BERPUASA :.




Daripada Sahl bin Sa'ad r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut pintu Rayyan (Puas dan kenyang minum). Dari pintu ini masuklah semua orang yang berpuasa esok pada hari kiamat. Tidak ada seorang yang selain orang-orang yang berpuasa itu yang dapat masuk dari pintu itu. Dikatakanlah: "Manakah orang-orang yang berpuasa." Mereka itu lalu berdiri, lalu tidak seorang pun yang dapat masuk dari pintu Rayyan tadi selain orang-orang yang berpuasa. Jikalau mereka telah masuk seluruhnya, lalu pintu itu pun ditutuplah, jadi tidak seorang pun lagi yang
dapat memasukinya."

(Muttafaq 'alaih)

.: LIMA CARA PILIH SAHABAT :.


Nasihat al-Qamah:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) ..

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.