Jumaat, 20 Februari 2009

ANDAINYA KEMATIANKU...


Sahabat,
Andainya kematianku kau tangisi..
Pusara kau siram dengan air matamu..
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh..
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan lanjutkanlah gerak merebut kemenangan..

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan memenuhi panggilan kekasih yang merindu..
Taman-taman indah disyurga Tuhan terhampar menanti..
Burung-burungnya berpesta menyambutku dan berbahagialah hidupku di sana..

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur..
Fajarkan menyingsing dan alam ini akan disinari cahaya lagi..
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya..
Jangan gentar berkelana ke alam abadi..
Di sana cahaya fajar memancar..

(SYED QUTB - 1966)

Ahad, 15 Februari 2009

DARI KALAM SUCI

From Qur'an Surah Khaf, Cave 18:110

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا



110. Say (O Muhammad (saw)): "I am only a man like you. It has been inspired to me that your Ilâh (God) is One Ilâh (God i.e. Allâh). So whoever hopes for the Meeting with his Lord, let him work righteousness and associate none as a partner in the worship of his Lord."

NAK JADI ORANG YANG PANDAI?

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ

مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ


Dari Syaddaad bin Aus dari Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ baginda telah bersabda

Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati


Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan keatas Allah

Hadis Riwayat Imam at Tirmizi

Khamis, 12 Februari 2009

HANYA PENGABDIAN BUKTI KESYUKURAN


Aku mengabdi kepada Allah bukan kerana takut kepada neraka,
bukan pula ingin masuk syurga..
tetapi aku mengabdikan diri kerana cintaku dan rinduku padaNya.
Tuhanku,
jika kupuja Engkau kerana takutkan neraka,
bakarlah aku di dalamnya.
jika kupuja Engkau kerana mengharapkan syurga,
jauhkanlah aku daripadanya,
tetapi jika Engkau ku puja semata-mata kerana Engkau,
maka janganlah sembunyikan kecantikanMu yang kekal dariku


-Rabi'atul Adawiyah
-MENYUSURI RAUDHAH FIRDAUS

DAKWAH "SELAMAT MALAM" (2)


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :


  1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
  2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
  4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

1 - 3 = MAASYA ALLAH...

Dalam Al-Ihya menulis:


Dalam diri manusia terdapat 4 sifat:

  1. sabiyah (kebuasan)
  2. bahimiyah (kebinatangan)
  3. Syaithaniyah (kesyaitanan)
  4. Rabbaniyah (ketuhanan)


Jika sifat rabbaniyahnya berhasil mengalahkan dan mengendalikan ketiga sifat yang lain, maka akan timbul sifat-sifat yang baik seperti:

  1. menjaga kehormatan diri (iffah)
  2. cukup dengan apa yang ada (qanaah)
  3. tenang
  4. zuhud
  5. wara'
  6. taqwa
  7. malu
  8. jujur
  9. berani
  10. dermawan
  11. sabar
  12. suka menolong
  13. tahan menderita
  14. suka memaafkan
  15. teguh pendirian
  16. mulia
  17. pandai
  18. selalu ceria (senyum)
kata-kata ImaM Al Ghazali

Rabu, 11 Februari 2009

ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI


Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.
"Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang…

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya…

Ahad, 1 Februari 2009

DI JABAT TANGAN OLEH PARA MALAIKAT

Telah bersabda Rasulullah s.a.w:

3 kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :-
  • Orang yang mati SYAHID.
  • Orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
  • Orang yang berpuasa di hari Arafah.
Wallahu 'alam.

~ KEINDAHAN SOLAT SUBUH MENGATASI SEGALANYA ~



Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)


Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.