Khamis, 19 Mac 2009

8 PERKARA JADI HIASAN BG 8 PERKARA

1)TIDAK MEMINTA-MINTA HIASAN BAGI ORANG-ORANG FAKIR
2)TIDAK MENGUNGKIT PEMBERIAN HIASAN BAGI AMALAN BAIK
3)SABAR HIASAN BAGI MALAPETAKA
4)TAWADHUK HIASAN BAGI PENUNTUT ILMU
5)LAMBAT MARAH HIASAN BAGI ILMU
6)BANYAK MENAGIS HIASAN BAGI TAKUT
7)SYUKUR HIASAN BAGI NIKMAT
8)KHUSYU' HIASAN BAGI SOLAT

Khamis, 12 Mac 2009

PUSAKA RASULULLAH SAW


عَنْ عَائِشَة قَالَتْ ماتركَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
دِيْنَارً وَلا دِرْهَمًا وَلاشَاةً وَلا بَعِيْرًا وَلا أَوْصَى بِشَئٍ

Dari Aisyah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. tiada meninggalkan (sebagai pusaka) dinar
(wang emas) dan dirham (wang perak) tiada pula kambing
dan onta dan tiada pula mewasiatkan sesuatu apa pun.
Hadis sahih riwayat Muslim

YANG BAGINDA TINGGAL HANYALAH 2 PERKARA...SEMUA ORANG TAHU...

SUDAH BENAR2 YAKIN BHW ANDA BENAR2 ORANG ISLAM??

Kitab Iman: Orang Islam Itu Ialah Seseorang yang Orang-Orang Islam Lain Selamat dari Ucapan lisannya dan Perbuatan Tangannya

Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Orang Islam itu adalah orang yang orang-orang Islam lainnya selamat dari lidah dan tangannya; dan orang yang berhijrah (muhajir) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah."

FIKIRKAN KEMBALI...MUHASABAH DIRI...

ويسرعون فى الخيرات

Bersegera Kepada Kebaikan Dan Menganjurkan Kepada Orang Yang Menuju Kebaikan Supaya Menghadapinya Dengan Sungguh-sungguh Tanpa Keragu-raguan

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Bersegeralah engkau sekalian melakukan amalan-amalan -yang baik - sebelum datangnya tujuh macam perkara. Apakah engkau sekalian menantikan - enggan melakukan dulu, melainkan setelah tibanya kefakiran yang melalaikan, atau tibanya kekayaan yang menyebabkan kecurangan, atau tibanya kesakitan yang merusakkan, atau tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan yang tidak keruan lagi, atau tibanya kematian yang mempercepatkan - lenyapnya segala hal, atau tibanya Dajjal, maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu, atau tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit penanggunggannya. "

Diriwayatkan oleh ImamTermidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Rabu, 11 Mac 2009

JODOH TAK KUNJUNG DATANG LAGI???


Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. “Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang sahaja”. Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

“Aku tak cantik ke?”

“Aku kurang bergaya ke?”

“Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?”

“Aku tak pandai meng’ayat’ agaknya”

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka merasa berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, DAPAT.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana CINTA. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa PERIT nya penangan CINTA DUSTA, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari CINTA HAKIKI. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta CINTA. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal DOSA pahala.

Oh REMAJA !

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah DOSA dan ZINA. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah rumah tangga itu tak kan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman didunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri ’sana’.

Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat PEMUDA YANG BELM BERPUNYA, ‘first thing first’. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkannya sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusaha menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencuri kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditembuh. Namun, apabila dia memilikinya mendapati insan yang dikejar itu dedaun kering cuma.

Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungka nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua’alam.

FATIMAH SYARHA _SOLUSI



Selasa, 10 Mac 2009

الاءيمان


Iman adalah kekuatan hidup, memerlukan kebenaran.
Juga keberanian berjalan mencapai tujuan yang lebih jauh daripada apa yang di lihat.

Tidak sempurna iman seseorang sebelum dia mencintai sesamanya seperti mencintai diri sendiri. Dan tidak dapat tegak lurus iman seseorang sehingga hatinya juga lurus dan hati itu tidak dapat lurus sebelum lidahnya jujur.

Iman merupakan ruh. Iman bermaksud DIBENARKAN OLEH HATI, BERIKRAR DENGAN LISAN MELALUI LIDAH, BERAMAL DGN SELURUH AJARAN2 ALLAH SWT YG TELAH DIBAWA OLEH RASULULLAH SAW. Orang Islam itu tak semestinya orang yg beriman. kerana banyak tersurat dalam Kalam Tuhan yg menyeru hambaNya yang beriman dgn memanggil:

Ya Aiyyuhal ladzina amanu.."Wahai orang2 yg beriman..

bukan : Ya Aiyyuhal ladzina Islamu "wahai orang2 Islam..


Keimanan adalah tenaga kehidupan. Bibit iman yang kecil lebih baik daripada kebahagian yang paling besar. Tanpa iman, kita bagaikan kaca jendela yang kotor ditengah kegelapan.

Apabila anda mahu menggunakan akal dan ilmu pengetahuan yang anda miliki semaksimum mungkin,
maka anda dipaksa oleh kedua-duanya bagi beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Orang yang tergamak melakukan perbuatan yang ditegah agama menandakan ketidaksempurnaan iman di jiwanya.

Sesungguhnya kekuatan iman itu dinilai pada sejauh mana seseorang itu dapat membendung hasutan nafsunya serta menjauhi bisikan-bisikan jahat yang menggodanya. Oleh itu amat penting bagi setiap mukmin sentiasa menjaga pergaulannya agar tidak terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat yang berlaku di sekitarnya.

Abu Hurairah mengatakan, Rasululloh saw,brsabda "iman memiliki lebih dari 70 cabang. Cabang yang paling tinggi, iaitu mengucapkan kalimat thoyibbahii: Laa ilaaha illalloohu (tiada Tuhan slain Alloh), dan yang paling rendah menyingkirkn duri atau bahaya lain dari jalan. Lalu malu adalah salah 1 cabang dari iman" (hr.bukhori n muslim)

Imam alBaqir mengatakan : Rasa malu dan iman adalah 2 perkara yg dihubungkan oleh 1 garisan. Jika salah 1 di antaranya hilang, maka yang lain akan mengikutinya.

Imam Jaafar Al-Sadiq mengatakan: Tidak beriman orang yang tidak memiliki rasa malu.

ADAB BERSIN



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah" . Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Tasymid dan Tahmid Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Dua orang laki-laki bersin dekat Nabi SAW. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka bertanya orang yang tidak ditasymitkan, tetapi aku bersin tidak kamu tasymitkan. Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah sedangkan kamu tidak." (Sahih Muslim)

Huraian:

1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkah-laku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.
2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.
3. Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan "alhamdulillah" , sebagai rasa bersyukur dengan memuji Allah. Dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan "yarhamukallah" sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu agar dia agar dirahmati Allah. Serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan "Yahdiinaa wayahdiikumullah" . Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan 'al-hamdulillah' selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.
4. Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan "Yarhamukallah" dengan ucapan "Yahdiina wayahdii kumullah", dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan "Afakallah" (Semoga Allah menyembuhkan anda) sebagai ganti dari ucapan "Yarhamukallah" .
5. Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.

Ahad, 8 Mac 2009

RISALAH BUAT MUJAHID & MUSAFIR

Pada 10 MAC 2008, aku mengenali 2 MU'MIN SEJATI,
pada hari yang sama, waktu yang sama dan pada tempat yang sama... seorang sebagai perawat dan seorang lagi sebagai pesakit. Kedua-duanya adalah anak ke -3...

Aku bersyukur sehingga setiap malam aku SUJUD, MENGABDIKAN DIRI kepadaNya Ya ILLAHI,
inilah sebagai BUKTI,
kerana mengutuskan 2 MU'MIN ke dalam kehidupanku ini.

Aku bersahabat dgn mereka BUKAN KERANA KEINDAHAN PADA WAJAH mereka,
BUKAN juga KERANA KERJAYA mereka
tetapi KERANA ILMU AGAMA yang ada pada mereka itu kupandang SELALU MEKAR,
dan kerana KEIMANAN mereka itu yang kulihat SENTIASA SEGAR,
menanam KEYAKINAN aku YANG TEGAR,
terhadap mereka bahawa mereka mampu MEMBAWA AKU KE JALAN YANG BENAR,
sehingga membuat HATIKU BERGETAR.
dan aku sentiasa yakin bahawa CINTAKU terhadap mereka TIDAK TERSASAR,
dan CINTAKU PADAMU TAKKAN PUDAR.

semakin hari ku rasakan SEMAKIN MURUNG,
dan Hari ini, 8 MAC 2009, ukhwah kami TIDAK LAYAK digelar setahun jagung,
kerana SILATURRAHIM kami SUDAHpun BERKURUNG.
2 MU'MIN ini semakin menJAUHKAN DIRI.
mungkin kerana kami ini adalah AJNABI.
mungkin kerana di mata mereka KEJAHILANku timbul pada PERIBADI,
Atau mungkin WAJAHku TIDAK BERSERI?
atau PENAMPILANku TIDAK MENAMBAT HATI?
atau mungkin CIRI2 ku tidak seperti MUSLIMAH SEJATI,
atau WANITA IMPIAN mereka adalah seperti BIDADARI?
Aku tak kisah dengan SEMUA INI
kerana aku SUDAH BIASA SENDIRI...
Allahyarham ABAH dan emak meletakkan aku di bawah JAGAAN ILLAHI.

Hati ini sedih kerana aku tak dapat pertahankan 2 hari lagi,
Hati ini pilu sehingga manik2 jernih membasahi pipi.
Tapi aku fikirkan kembali,
apa TUJUAN ALLAH buat aku begini?
Segala YANG BAIK telah DIA BERI,
dan segala apa yang diberi, DIA AMBIL KEMBALI...

Mungkin kerana kehadiran 2 MU'MIN ini buat AKU LALAI?
MUSTAHIL CINTAKU terhadap mereka BUAT AKU CUAI?
kerana aku YAKIN hadirnya CINTAku kepada MEREKA, CINTA terhadapMU TAK PERNAH TERABAI.
Kini, aku TERKAPAI-KAPAI...
bersungguh-sungguh MENCARI CINTAMU HINGGA AKU CAPAI.

buatmu MUJAHID, aku CINTAKAN DIRIMU sebagai seorang ABANG,
CINTA INI membuat SAYAP DAKWAHKU semakin MENGEMBANG.

untukmu MUSAFIR, sebagai seorang KEKASIH aku MENYINTAIMU,
dan ketahuilah CINTAKU padamu ini membuat CINTAKU padaNYA semakin PADU..

Sabtu, 7 Mac 2009

SIFAT ROMANTIS RASUL JUNJUNGAN

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~

HEBAT VS HINA

Sehebat mana pun seseorang, pasti dia memerlukan jasa orang lain.Sehina mana pun seseorang, pasti dia pernah berbudi kepada orang lain.Setiap orang ada nilai dan harga dirinya di sisi orang lain. Maka tidak patutlah timbul hina menghina dan pecah belah.

BERPADA-PADALAH DENGAN REZEQI ALLAH SWT

"Kalaulah saya pun berpangkat besar dan bergaji besar seperti dia. Mengapalah hidup saya tidak seberuntung dia. Mengapalah saya dilahirkan miskin begini...." Demikianlah kita selalu mengeluh mengenangkan nasib sendiri dan mengagumi kelebihan yang ada pada orang lain.

Sebagai orang mukmin, sebenarnya kita dilarang untuk menyesali nasib, apatah lagi menyalahkan atau menghina pemberian Allah. Apalah sangat ujian-Nya kalau hendak dihitung dengan nikmat yang Allah kurniakan, sama ada yang kita sedar atau tidak, yang pasti tidak mampu dibilang manusia.

Jangan sesekali kesal atau kecewa dengan ciptaan Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Jika kita mengeluh, sedangkan kita sedangg menikmati rahmat-Nya, bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini.

Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada. Setiap manusia sudah ada bahagian masing-masing yang dikurniakan Allah. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu."

(Riwayat Bukhari)

Dalam apa jua perkara, kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana setiap sesuatu itu ada hikmah tersendiri. Hayatilah firman Allah yang bermaksud, "Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah al-Baqarah:216)