Sabtu, 20 Februari 2010

JADIKAN KERJA ITU SEBAGAI 1 IBADAH

Sesuatu kerja itu bergantung kepada niat, maksud, fikiran dan matlamat. Kejayaan atau kegagalan itu disertakan dengan hikmah dan ujian untuk difikir dan direnungkan.
Wallahu'alam...

SADAQAH


Orang yang suka bersedeqah itu akan diberkati Allah SWT akan rezeqinya, dipanjangkan usianya, disihatkan tubuh badannya, dimuliakan dan dipermudahkan segala usahanya.

Wallahu'alam...

Kebajikan bersedeqah di dunia itu ada 5, iaitu:

  1. Suci hati;
  2. Bersih diri;
  3. Jauh dari bala;
  4. menyenangkan hati orang lain;
  5. berkat rezeqi.

Dan ingatlah, REZEQI yang tercatat itu adalah melalui kadar dan cara hidup kita. Tidak semestinya banyak tetapi, sekadar mencukupi. Syukur itu adalah benteng dari yang haram.

Kebaikan bersedeqah di akhirat itu ada 5, iaitu:

  1. menjadi naungan di Mahsyar;
  2. mudah hisab amal;
  3. berat timbang amal;
  4. mudah di titi sirot
  5. naik darjat di syurga.

Jumaat, 19 Februari 2010

TANDA_TANDA SEJAHTERA






  1. Tidak rakus kepada dunia.


  2. Semangat kepada ibadah.


  3. Bicara tentang akhirat.


  4. Menjaga solat.


  5. Bersahabat denga para solihin.


  6. Menjauhkan yang haram.


  7. Pemurah.


  8. Insani.


  9. Berguna terhadap makhluk lain.


  10. Sering ingat akan mati.

MEMBERI.


Berilah kepada yang meminta dan jangan ditanya apa tujuan permintaannya. Sessungguhnya orang yang pemurah itu adalah yang hampir dengan syurga, begitu juga sebaliknya.
Dan jangan merasa malu untuk meminta kepada Allah sentiasa kerana kita adalah hamba yang lemah serta banyak kekurangan dan kelemahan.
Mereka yang malu untuk memohon kepada Allah SWT adalah antara yang tertipu dengan muslihat syaitan dan itu adalah bibit-bibit kufur.

NASHIAT I


Yakini kamu dengan hatimu,

kerjakan ibadat pada waktunya,

Basahkan lidahmu dengan zikrullah,

Dan nasihati sesama manusia dengan kebaikan.

Itulah titik permulaan sebagai insan.

ISTIQHLAS

Istikhlas ialah sesuatu kebajikan yang sering dilakukan tanpa mengharap balasan daripada makhluk, sebaliknya mengharapkan keredhoaan Allah SWT sebagai tanda syukur. Wallahu'alam...
Sebahagian dari tanda syukur itu ialah jujur, taat, redho dan ikhlas. Tanpa tanda-tanda tersebut, jelaslah ia kufur dan sesungguhnya kufur itu lebih hina daripada kafir.