Rabu, 30 September 2009

HADITH - HADITH TENTANG MASJID.

Abu Dzar r.a katanya :
Aku bertanya : Wahai Rasulullah !

Masjid
manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini?
Rasulullah menjawab : Masjidilharam.
Aku bertanya lagi: Setelah itu
masjid mana pula?
Baginda menjawab : Empat puluh tahun.
Walau pun begitu dimana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang dirikanlah sembahyang kerana disitu juga merupakan
masjid.

Jabir bin Abdullah Al- Ansariy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda :
aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku.
Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja sedangkan aku diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh manusia.
Dihalalkan untukku harta rampasan perang sedangkan ianya tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku. disediakan untukku bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu solat.
Maka sesiapa pun apabila tiba waktu solat walau di mana saja dia berada hendaklah dia mendirikan solat .
Aku juga diberkan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama satu bulan.
Aku juga diberikan hak untuk memberi syafaat.


BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Ertinya:
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".


Keterangan

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.~

~H.R Abu Daud

Tiada ulasan: