Isnin, 19 Januari 2009

عبادة


Beruntungnya kita, apabila jadi umat Islam... Setiap 'amal perbuatan kita akan jadi 'ibadah apabila kita niatkan untuk mencari redha Allah. Hatta bila kita mandi atau buang air kecil sekalipun... Apabila kita ikut sunnah Nabi saw dan niat untuk dapat redha Allah, kita akan diberi ganjaran. Pendek kata semua urursan hidup kita boleh jadi 'ibadah apabila niatkan kerana Allah. Bayangkan jika kita dapat curahkan khidmat dan bantuan kepada orang lain yang memerlukan. Dan kita niatkan semua itu untuk cari redha Allah. Dalam masa yang sama, kita dapat berdakwah dengan cara yang halus...dengan menampilkan akhlaq yang mulia. MasyaAllah...


Tiada ulasan: