Ahad, 28 September 2008

كتاب الله القراءن الكريم

Sesungguhnya AlQuran itu diturunkan dalam kesedihan. Maka, menangislah apabila kamu membacanya. Jika kamu tidak dapat menangis maka, buat-buatlah menangis. Dan elokkan suaramu saat membacanya kerana sesiapa yang tidak melagukannya, dia bukanlah termasuk golongan kami.

Alhijr9_1

Rasulullah SAW juga menangis semasa mendengar bacaan Quran, kerana kelembutan hati baginda dan ketulusan nurani serta makrifat daripada Allah SWT. Baginda banyak menangis dalam solat ketika bermunajat kepada Allah.

Syeikh Khir mengungkapkan seperti yang diceritakan oleh Tirmizi yang berma’sud :

"Aku menemui Muhammad tatkala Baginda sedang solat. Di bibirnya berbunyi seperti bunyi air di dalam periuk yang sedang mendidih disebabkan tangisannya."

Tiada ulasan: