1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah
s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari Qiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
Hakikatnya : dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah Qiamat akan datang." - Sahih Muslim
Hakikat : dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"
Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita" - Ibnu Majah
Hakikat : S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya Qiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
Hakikat : memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang Qiamat sehingga banyak pe! rbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
Hakikat : ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari Qiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
Hakikat : boleh kira BILANGAN para ulama' yg tinggal..
Ahad, 1 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan