Ahad, 25 Januari 2009

UTUSAN ALLAH BERSABDA:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan

akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.


1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.astaghfirullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah: jika ingin mùelakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.


Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sabtu, 24 Januari 2009

~KELEBIHAN YANG TIADA KEKURANGAN~


Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) bahawa "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail (astws) telah berkata kepadaku :
Berkata Jibril AS - "Wahai Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat keatasmu setiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawanya melintasi titian seperti kilat menyambar".

Berkata Mikail AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku memberi mereka minum dari telaga mu"
Berkata Israfil AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"
Berkata Izrail AS - "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para anbia"

~PESANAN TERAKHIR LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA~




LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kematian:

"Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:

1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.

2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.

3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.

4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.

5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.

6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.

Jumaat, 23 Januari 2009

KSESATAN HAQIQI


Kesesatan haqiqi agama adalah dalam agama sendiri.
~(apatah lagi tugas syaitan jika tidak dapat menembusi kita dengan dosa-dosa besar)

~~TIDAK AKAN SESAT~~


Tiada kesesatan agama dalam agama sendiri selagi kita SENTIASA ISTIQOMAH DLM BERPANDUKAN 2 PERKARA DITINGGALKAN UTUSAN ALLAH : AL QURAN WA SUNNAH. Wallahu 'alam

BAWALAH APA YANG BAGINDA BAWA


"Tidak kamu kan sampai ke destinasi selagi kamu tidak membawa apa yang aku bawa." Mafhum NABI SAW.

Khamis, 22 Januari 2009

دمي ماس


Isilah masa dengan kegiatan yang berfaedah.
Kerana masa ibarat wang yang anda kumpul untuk membeli syurga di dunia dan akhirat. Wallahu 'alam

Dan ingatlah akan Firman Allah :
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang ber'amal soleh, berpesan-pesan kepada KEBENARAN dan berpesan-pesan kepada KESABARAN"

... sia-sia....


'Akal mengatasi nafsu kerana kesedaran. Selagi belum bersedia untuk membina rumahtangga, selagi itulah mencintai seseorang adalah sia-sia.

PESANAN UTUSAN ALLAH


Kamu akan dapat menawan dunia dengan sifat lemah lembut. Tetapi jika kamu berkasar semua orang akan lari dari kamu... Wallahu 'alam

DAKWAH "SELAMAT MALAM"

Lenalah dalam IMAN,
Bangun nanti dalam AMAN,
JANGAN LUPA SYAHADAH,
Bangkit nanti ALHAMDULILLAH.

Hidup meniti arus ujian,
kita mungkin kalah, mungkin menang...
Namun sebagai insan tak dapat lari dari kesilapan.
Hati-hati kemudi laluan.

Jangan tersasar arah,
kepada ALLAH jua kita berserah...

"Inna ma'al 'usri YUSRA"
(sesungguhnya bersama kesusahan adalah kesenangan)

.: PESANAN DARI ABAH TERCINTA :.


ان صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين

"Sesungguhnya SOLATKU, dan 'IBADAHKU, dan HIDUPKU, dan MATIKU kerana ALLAH TUHAN SEKALIAN 'ALAM"

Isnin, 19 Januari 2009

عبادة


Beruntungnya kita, apabila jadi umat Islam... Setiap 'amal perbuatan kita akan jadi 'ibadah apabila kita niatkan untuk mencari redha Allah. Hatta bila kita mandi atau buang air kecil sekalipun... Apabila kita ikut sunnah Nabi saw dan niat untuk dapat redha Allah, kita akan diberi ganjaran. Pendek kata semua urursan hidup kita boleh jadi 'ibadah apabila niatkan kerana Allah. Bayangkan jika kita dapat curahkan khidmat dan bantuan kepada orang lain yang memerlukan. Dan kita niatkan semua itu untuk cari redha Allah. Dalam masa yang sama, kita dapat berdakwah dengan cara yang halus...dengan menampilkan akhlaq yang mulia. MasyaAllah...


KERJAYA KITA = KHALIFAH ALLAH


Kerjaya kita sebagai hamba YANG MAHA AGUNG sebenarnya ialah menjadi KHALIFAH ALLAH di bumi ini. Walau apa bangsanya...walau apa jawatannya, walau apa pun jantinanya.


CINTA (versi 2)


Bagi diriku, cinta adalah KEKUATAN. Ia ada KEMAMPUAN
mengubah DURI menjadi MAWAR
mengubah CUKA menjadi ANGGUR
mengubah MALANG menjadi TUAH
mengubah SEDIH menjadi GEMBIRA

mengubah SYAITAN menjadi MALAIKAT

mengubah IBLIS menjadi JIBRIL

mengubah SAKIT menjadi SIHAT
mengubah KEDEKUT menjadi PEMURAH
mengubah KANDANG menjadi PADANG
mengubah PENJARA menjadi ISTANA

mengubah AMARAH menjadi MUTHMAINNAH
mengubah MUSIBAH menjadi BARAKAH

FIKIR SEJENAK...GUNAKAN 'AKALMU



Jika kita gagal untuk merancang, maka sebenarnya kita telah merancang untuk kegagalan.