Ahad, 28 September 2008

PESANAN LUQMAN HAKIM KEPADA ANAKNYA...

Duhai anakku, jika kamu disuruh untuk membuat 1 pilihan akan sesuatu yang berharga...Maka engkau pilihlah AGAMA.

Jika diberi 2 pilihan maka engkau pilihlah AGAMA dan HARTA.

Jika diberi 3 pilihan engkau pulihlah AGAMA, HARTA dan AKHLAQ MULIA.

Jika diberi 4 pilihan engkau pilihlah AGAMA, HARTA, AKHLAQ MULIA dan SIFAT MALU.

dan sekiranya kamu diberikan 5 pilihan maka engkau pilihlah :-
  1. AGAMA
  2. HARTA
  3. AKHLAQ MULIA
  4. SIFAT MALU
  5. SIFAT DERMAWAN.
Wallahu'alam

كتاب الله القراءن الكريم

Sesungguhnya AlQuran itu diturunkan dalam kesedihan. Maka, menangislah apabila kamu membacanya. Jika kamu tidak dapat menangis maka, buat-buatlah menangis. Dan elokkan suaramu saat membacanya kerana sesiapa yang tidak melagukannya, dia bukanlah termasuk golongan kami.

Alhijr9_1

Rasulullah SAW juga menangis semasa mendengar bacaan Quran, kerana kelembutan hati baginda dan ketulusan nurani serta makrifat daripada Allah SWT. Baginda banyak menangis dalam solat ketika bermunajat kepada Allah.

Syeikh Khir mengungkapkan seperti yang diceritakan oleh Tirmizi yang berma’sud :

"Aku menemui Muhammad tatkala Baginda sedang solat. Di bibirnya berbunyi seperti bunyi air di dalam periuk yang sedang mendidih disebabkan tangisannya."

KEBENARAN

Dunia ini akhirnya bagai kembali damai bila mana manusia BERKASIH SAYANG… BERTOLAK ANSUR dan BERTIMBANG RASA… BEKERJASAMA dan meletakkan CINTA ALLAH DAN RASUL di dalam hati. fikirlah HAQ orang lain.

Maksudnya… semua orang berhak untuk dapat KEBENARAN… Yakni cara hidup ISLAM yang Qudus. Muga2 kita boleh jadi asbabnya untuk mereka berubah… kita bantu mereka sekadar yang termampu. Wallahu ‘alam

SERAHKAN PADA YANG HAQ



Jika ada sesiapa yang meminta cintamu katakanlah ianya hanya kepada ALLAH... jika ada sesiapa yang meminta kasihmu, katakanlah ianya hanya pada RASULULLAH. jika ada sesiapa yang meminta rindu & sayang, katakanlah ianya pada ibu & ayah. jika ada seiapa yang meminta hatimu untuk dikongsi bersama maka berikanlah ianya kepada yang benar2 tunduk, patuh & ta'at dalam beragama... InsyaALLAH


SAHABAT YANG PALING BAIK.

1 ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW "Siapakah sahabat yang paling baik kami?" Maka jawab Baginda, "Seseorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah SWT. Apabila kamu dengari ucapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah. Apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kepada kehidupan di akhirat"
wallahu 'alam

CINTA ALLAH

2 love someone is NOTHING
2 b loved by someone is SOMETHING
2 b loved by someone u love is EXCITING
but 2 b loved by Allah is EVERYTHING...



Cinta, rindu dan redha merupakan pembahasan tertinggi dalam dunia tasauf. Apabila seseorang sedang mengalami ketiga-tiga aspek ini, dihadapannya tiada yang lebih penting berbanding kekasih yang sedang dirindui. Ni'mat cinta kepada Allah dirasai setelah membersihkan hati daripada godaan perhiasan dunia, menjernihkan hati dari segala perhatian yang tidak tertuju kepadaNYA. Cinta kepada Allah sesungguhnya merupakan reaksi dari kekuatan IMAN. Setelah itu, membersihkan hati untuk mengasingkan diri di atas permaidani kemuliaan Allah sehingga memancarkan sinar MAKRIFATNYA. Sebelum cinta dan rindu tersimpan rapi dalam sanubari, tidak ada maqam yang paling ideal melainkan semua prolog (permulaan) seperti TAUBAT, SABAR dan ZUHUD dikerjakan dengan sempurna (Imam NAWAWI)

MUMTAZ

Berilah hatimu pada ALLAH, pasti ALLAH temukanmu dengan pasangan yang terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH aturkan kehidupanmu dengan baik.

Sabtu, 27 September 2008

Hidup, perjuangan & MUKMIN.


Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan (kata Ahmad Syauqi). Dan perjuangan seorang MUKMIN SEJATI, tidak akan berhenti kecuali telapak kakinya telah menginjak ke pintu syurga (kata Imam Ahmad b Hanbal).



Cinta...

Cinta tidak semestinya kita memiliki... Sebagai insan biasa rasa sedih dan kecewa pasti ada. Namun, sabar dan redho lah jadi penawar duka. Oleh kerana ilmu kita sangat terbatas, kita tidak tahu sebenarnya mana yang terbaik untuk kita. ALLAH jualah yang Maha Berkuasa menentukan segalanya. Cuba perhatikan maksud ayat 216, suratul BAQARAH : "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah ALLAH jualah yang MAaha Mengetahui semuanya itu...sedang kamu tidak mengetahuinya"

لا تحزن


Semakin banyak anda mengingati ALLAH, fikiran anda akan semakin terbuka. hati anda semakin tenteram, jiwa anda semakin bahagia dan nurani anda akan semakin damai sentosa. Itu kerana dalam mengingati ALLAH terkandung nilai-nilai ketaqwaan kepadaNYA.

Ya ALLAh, kurniakanlah ilmu yang bermanfa'at.



Semoga penuh barakah (niat, ‘amal, ‘ilmu,minda,fizikal, mental)

"Barangsiapa yang berjalan di atas suatu jalan untuk menuntut ‘ilmu, nescaya Allah akan memudahkan jalan baginya ke SYURGA"